Tuesday, December 13, 2011

Sudah tiba masa dan detiknya :))

hai n assalamualikum korang...
tengok la title shafiq 2...rase rase sebab ape?
huhu...ni bkan nyer nak putus cinta ke ape ke
esok adalah hari yang shafiq nanti nantikan ngan semua sepupu sepapat
iaitu nak ge panjat 'Bukit Broga' bersame2...
selame ni plan je tapi tak pergi2...sebab
semua orng ada hal nyer yang tersendiri.
kalau tidak nak pergi petang ni...tapi disebab kan hujan
terpakse la menunde kepade esok hari...
pergi pada waktu subuh...nak tengok matahari terbit kate nyer
klau lah tidak hujan tadi ingatkan nak la tengok matahari terbenamkan..
macam kat negara jepon la...matahari terbeman sngat cntik giler kan...
tapi kita hanya mampu merancang dan ALLAH yang menentukan nyer 
kita hanye manusia biase je kan...

Antara ahli2 yang pergi esok ialah...shafiq, nurul nadia miswan, huda hazwani, arai sempit, dengan mizs wanie...
ni je la yang shafiq tahu...
korang pown klaw nak ikot jom la...mcj shafiq dulu taw,,,
no tpon ta ad...ermm..
tak payah la...fb n tweet je la,,,
sory yer
sampai disini je la utusan muhammad shafiq amri bin abu zar
klau ada masa lagi nnti shafiq berceloteh lagi yer,,,#kbai
assalamualaikum...

Sunday, December 11, 2011

hye assalamuaalaikum

hye u all...
shafieq da lme tak update blog...
tengah patah tangan sebab internet kat umah tak ada
dalam minggu depan kowt..
tapi sekarang dah tak panah lagi dah 
sebab dah ada berukband maxis
sekarang ni....tengah sakit hati sebab 
line lembab
dalam da lme tak update blog ni kan...
macam-macam perkara yang berlaku....
antara nyer ialah
  • kenduri kahwin sepupu shafieq kat semenyih indah...
  • selalu ge jalan-jalan umah abng angkat kat damansara
  • kene tipu ngan family angkat sbb hari selasa hari 2 na ge ngok OmbakRindu kat alamanda
rse nyer smpai sini je la ok...
klau ad gosip-gosip lagi nanti shafieq update lagi ok...
#kbai

hye assalamuaalaikum


hye u all...
shafieq da lme tak update blog...
tengah patah tangan sebab internet kat umah tak ada
dalam minggu depan kowt..
tapi sekarang dah tak panah lagi dah 
sebab dah ada berukband maxis
sekarang ni....tengah sakit hati sebab 
line lembab
dalam da lme tak update blog ni kan...
macam-macam perkara yang berlaku....
antara nyer ialah
  • kenduri kahwin sepupu shafieq kat semenyih indah...
  • selalu ge jalan-jalan umah abng angkat kat damansara
  • kene tipu ngan family angkat sbb hari selasa hari 2 na ge ngok OmbakRindu kat alamanda
rse nyer smpai sini je la ok...
klau ad gosip-gosip lagi nanti shafieq update lagi ok...
#kbai

Wednesday, November 02, 2011

jadikan arnab pet kesanyangan anda

Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
-Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
-Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
- Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.

- Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
- Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”

- Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
-Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.

-Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
- Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
- Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.

- Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
- Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.

- Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
- Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.

- Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
-Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain

Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan)


  • Dari lahir hingga 3 minggu - susu ibu.
  • Selepas 3 minggu - susu ibu, perkenalkan Jerami alfalfa dan pallet secara beransur-ansur(kandungan kalsium yang tinggi didalam Jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang)
  • Selepas 4 minggu - susu ibu, tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 8 minggu hingga 6 bulan - tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 12 minggu dan ke atas - perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberian dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis(menjadilembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yg berlainan jenis)

Remaja Arnab (6 bulan hingga 1 tahun)


  • Perkenalkan Jerami timothy atau Jerami yang lain (oat, 'brome', orchard, napier, decumbens, guetamala)
  • Kurangkan pemberian Jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada Jerami timothy. Jerami alfalfa mengandungi kandungan kalsium dan protin yang tinggi, tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa, kecuali arnab anda kurang berat badan, sedang sembuh dari pembedahan, bunting atau menyusukan anak)
  • Kurangkan pemberian pallet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml)
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)


Perhatian: Segala perubahan diet keatas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurangkan jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru selama tempoh untuk satu minggu.

Arnab Dewasa Matang. (1 tahun hingga 6 tahun)


  • Tiada had pemberian jerami.
  • 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg berat badan
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Otai (selepas 6 tahun)


  • Teruskan diet arnab dewasa matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan.
  • Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku.
  • Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.

Jerami (Hay)


  • Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
  • Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
  • Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
  • Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.

Pallet


  • Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protin yang rendah(14%-16%), tinggi kandungan serat(min: 20%), lemat dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%.
  • Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biji benih/bijirin didalam kandungannya, ini membuatkan arnab anda montel. Kandungan lemak yang tinggi.
Sayuran dan Kudapan

Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.

Perhatian!: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~

Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu).

JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.

Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua.

Sunday, October 30, 2011

ayah selamat smpai malaysia

alhamdulillah ayah shafieq da pown smpai semlam,,,,
yang ge ambik ayah semalam shafieq,haziq(adik bongsu), mak (suraya yassin)
n pak su n mak usu,,,,,
thanks for the help yer,,,lain kli bley tlong shafieq lagi,,,,,
n ta smpat shafieq na tengok bola smalam,,,,,
nsib pasukan kegemaran shafieq menang smlm,,,,,ske sngat2
ske ske2 jugak spm 2 week only shafieq,,,,jngan na happy sngat la yer,,,,,
ok,,,smpai sni je la celoteh mr.shafieq yer,,,lain kli smbong lagi
#kbai

Tuesday, October 25, 2011

terime kasih,,,,

time kasih shafieq na ucap kan at CikNyonyaBlog sbb da edit syer pnyer blog,,,sory sngat2 sbb da susah kaw awak,,,ske syer dpat kawan macam awk,,,lain kali bley la tlong edit kan lgi yer,,,,

Thursday, October 20, 2011

tips belajar last minit,,,,


Sekarang ni bukan musim exam bagi aku. Tapi memandangkan aku tengok ada keyword “tips ” yang masuk ke blog ni. Aku kongsikan juga  last minit yang aku amalkan.
Kalau ditanya kenapa student suka belajar last minit ni, macam-macam alasan boleh kita dengar. Ada yang kata kalau belajar awal-awal nanti takut lupa. Ada yang kata subjek tu susah atau bosan. Tak pun asal baca buku aje terus ngantuk. Baca sikit aje buku tu lepas tu tertidur. Last-last buku tu yang baca kita.
Aku juga selalu belajar last minit. Antara alasan aku belajar last minit ni ialah tak ada bahan rujukan untuk subjek tu. Tapi selalunya aku berani belajar last minit kerana aku akan beri tumpuan yang tak kurang hebatnya di dalam kelas. Tak pun bila soalan peperiksaan tu soalan objektif.
Ni antara tips belajar disaat akhir/last minit yang aku sendiri amalkan.
  • Bertenang
Rileks, jangan gelabah tak tentu pasal. Panik tidak membawa apa-apa faedah. Salah diri sendiri jugak siapa yang suruh study last minit? Lepas bertenang, buat penilaian terhadap subjek-subjek atau bab-bab yang perlu dipelajari. Aku selalunya mengutamakan subjek yang agak berat dulu.
  • Tumpukan Bab-Bab Penting
Bila belajar last minit ni biasanya tak sempat nak study semua bab. Seeloknya study bab-bab yang penting dulu. Keutamaan harus diberikan kat bab-bab penting ni. Kalau ada masa aku akan study bab-bab yang lain. Kalau tak sempat juga aku akan baca sekali imbas saja ikut kesesuaian.
Saat darurat macam ni highligter sangat berguna. Highligh semua isi-isi utama. Senang sikit mata nak nampak isi-isi utama tu.
  • Buat Nota Ringkas
Aku pun tak pasti sama ada amalan buat nota ringkas bila study last minit ni betul atau pun tidak. Tapi itulah yang aku buat. Nota tu biar ringkas dan padat. Kalau boleh gunakan rajah atau gambar. Nak lagi best gunakan pen yang warna-warna untuk buat nota tu lebih menarik.
  • Rehat Secukupnya
Kita ni manusia bukannya robot. Badan kita perlukan rehat. Otak kita pun perlukan rehat. Berehat sekejap lepas belajar dalam satu tempoh yang lama. Bila dah study lama dan tak dapat-dapat nak faham, mungkin otak kita sudah lesu. Jadi seeloknya berehat dulu.
Bercakap pasal rehat. Walau macam mana pun aku akan pastikan aku tidur selepas belajar. Aku pernah blur dalam dewan peperiksaan sebab tak tidur dan study sepanjang malam. Kecewa sungguh, aku dapat B- untuk subjek statistik yang merupakan subjek kegemaran aku masa tu.
Pernah dengar atau terbaca tak pasal benda ni? Otak akan memindahkan maklumat yang diperolehi dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang waktu kita tidur. Atas sebab ni selalunya aku suka tidur lepas study tapi bila belajar waktu malam aje la. Aku tak suka tidur siang sebab aku rasa buang masa aje.
last minutes study
http://www.geog.nau.edu/
  • Ikut Nasihat Pakar
Ni tips yang paling penting. Aku ni bukannya seorang pakar. Aku belajar ikut cara yang aku rasakan sesuai dengan cara aku belajar. Jika dirasakan sesuai dengan diri kalian, korang guna pakai la.

Thursday, October 13, 2011

hari ya mengekecewe kan,,,,

ermmm,,,cm na nagis jew tdi at skolah,,,,terase sngat2 ape ya cikgu ckp tadi,,,
mcm shafieq je ya buat bnde 2 sume,,,pdahal ta pown,,,
ape an dye,,,hanyer manusia biase je,,,ermm,,,
cikgu ckp psal tinggal 1 bulan je lagi na spm,,,hehee...ta na lagu ne 1 bulan,,
nmpak cm cikit jew,,,,shafieq na gune 30 hari je lagi,,,haaa,,,bru la nmpak bnyak lgi nombor dy an,,,,
k la bai,,,na tido,,,,kbai

Tuesday, October 11, 2011

cinta elysa

cinta elysa time,,,ni la cerita cinta zaman skarang an,,,
ish2 ape je loa,,,asal an dowang bhagie an2,,,
tp shafieq kesian at aril 2,,,asyik kene buli jew ngan mak si elysa 2,,
ad lagi ke orng ya mcn aril 2 dalam dunia ni lagi,,,,
untong btol la perempuan ya dpat lelaki macam aril 2 an2,,,,
shafieq memang minat agler la sume palakon cinta elysa 2,,,
lagi akak zila n fasha sanda 2,,,,
k la smpai disini je coretan shafieq,,,jmpe lagi
pada esok hari,,,kbai

perjalanan hari ni (isnin,11/10/2011)

ermmm,,,sudah hampir semingu ayah meningal kan shafieq sekeluarge,,,,ermm,,ya ge sne pown ats urusab keje,,,ta pe2,,,sbar la shafieq nnti 29/10 nnti ayah mesti blik,,,,ok fine,,,

dlam msa ya sme sri ni shafieq pegi la bljar kat umah suzuki pkol 10 a.m - azan zohor,,,konon yer la bljar,,,pdahal ngo fb n tweet,,,ish2 terok btol la shafieq ni an,,,,
lpas sembyang zohor,,,dlam pkol 2 ge la plak ke rumah arwah nenek,,,tolong bagi itik n ayam ayah makan,,,,
pkol 3.30 pm kuar lagi ge damansara,,,jimpe ngan abng iman,,,abng angkat ya pling shafieq syang,,abng iman ni baik je orng dy,,,,huhuu(jngan puji lelebih kang kembang)

k la smpai disni je la diary shafieq,,,kbai,,,,